Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, YB Wan Sukairi Wan Abdullah memaklumkan kerajaan negeri bakal menerima pembiayaan berjumlah RM1 juta untuk kerja-kerja membaik pulih padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak.
Menurut laporan daripada Bernama, pembiayaan tersebut datangnya daripada badan pengendali liga tempatan, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada tahun hadapan.
Dan apabila selesai kerja-kerja tersebut, ia akan dapat menyelesaikan masalah venue perlawanan bola sepak selain daripada menyediakan kapasiti untuk penonton yang lebih besar.
Menurut beliau juga, SSMZA mampu memuatkan 55,000 penonton dalam satu masa berbanding Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu yang menjadi ‘home’ bagi pasukan Terengganu Football Club (TFC) buat masa ini.
Perkara tersebut dijelaskan oleh YB Wan Sukairi ketika dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu setelah diajukan pertanyaan oleh bekas EXCO Belia & Sukan Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat.
Selain daripada kapasiti SSMZA yang lebih besar berbanding SSINS, stadium yang terletak di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak itu juga mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik.
Antaranya, kawasan parkir yang luas, tempat duduk tunggal, kemudahan untuk pemain dan juga berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud.
Info :www.foxsports.com.my
Ulasan
Catat Ulasan