1. Dua gol bolos awal akibat dari kelemahan unit pertahanan. Walaupun tak dinafikan Irfan Zakaria adalah weakest link di bahagian pertahanan, namun dua gol yang dibolosi adalah kelemahan seluruh unit pertahanan dari awal perlawanan. Kalau perhati dengan teliti, setiap kali Vietnam buat serangan balas, garisan pertahanan tak tersusun dan tiada tanda-tanda ada sesiapa yang memberi arahan dan mengendalikan perangkap ofsaid. Dua gol dibantu oleh kegagalan perangkap ofsaid yang sangat mudah.
2. Gol pertama positioning Irfan boleh diragui. Dua pemain Vietnam berdepan 3 pemain negara, namun Irfan tidak berada di posisi sepatutnya untuk tutup passing lane ke arah kawasan gol. Bola itu tak sepatutnya lepas ke arah Nazirul Naim pun.
3. Gol pertama juga kalau dilihat, berpunca dari kegagalan Amirul Azhan untuk bergerak naik ke sayap kanan ketika mana semua pemain Vietnam sudah bertumpu bertahan kompak di tengah pertahanan. Safawi tiada support, kemudian hilang bola. Dan ketika kehilangan bola ini juga, positioning Amirul Azhan diragui kerana dia tidak berada di kedua-dua posisi yang sepatutnya: (1) jika mahu menyerang, patut dia di sayap kanan sebelah Safawi) atau (2) jika mahu bertahan, patut dia di sebelah Irfan. Bila Vietnam counter attack, Amirul terperangkap di no man's land.
4. Apa pun, di babak kedua Malaysia bermain berani dan lebih bijak. Hanya Sumareh yang nampak macam tiada hala tuju.
5. Doa aku untuk TCH letakkan Adam Nor Azlin bergandingan dengan Shahrul Saad nampaknya hanya termakbul selepas Nazirul dibawa keluar kerana kecederaan, walaupun sebagai bek kiri. (dengan reputasi Adam Nor bersama skuad muda, sukarkah nak buat pilihan antara Adam dan Irfan?) Adam cemerlang dan tenang, seperti biasa.
6. Dan doa aku ketika kekalahan kepada Vietnam di peringkat kumpulan lalu juga dimakbulkan di akhir perlawanan. TCH memasukkan Syafiq dan mengeluarkan Amirul Azhan dan kita mula bermain mod menyerang dengan sistem bek bertiga. Aku harap di Hanoi nanti kita dapat menggunakan Aidil, Syahmi dan Syazwan Andik, dengan formasi ultra menyerang 3-5-2 (Matyo boleh bermain peranan Number 10 yang mampu menjadi penyerang tambahan di belakang 2 penyerang, bermain between the line, menjadikan 3v3 dengan bek tengah Vietnam) untuk menekan formasi 5-4-1 Vietnam.
Secara keseluruhannya, tiada apa yang buruk sangat pun. Normal untuk buat silap. Irfan Zakaria dan Amirul Azhan akan bangkit dari kelemahan .

Ulasan
Catat Ulasan