SSINS akan berubah wajah Hitam Putih warna kebanggaan Terengganu

Alhamdulillah secara verbally kami telah mendapat green light daripada pihak Datuk Bandar (MBKT) untuk gerakkan usaha bergotong-royong dari kalangan penyokong TFC untuk mewajahkan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) dengan kombinasi Black & White. Ia adalah ide cetusan fans sendiri. Terakhir ia dipanjangkan di dalam Chill Session di Permai Hotel. MBKT akan menyediakan bekalan cat dan akan diselia sama oleh warga kerja MBKT untuk kerja-kerja mengecat ini. Proses mengecat secara bergotong royong dilaksanakan oleh fans Terengganu dan orang ramai. Semoga SSINS akan dirasai milik bersama dan harta bersama.

Page Terengganu Football Club dalam proses meninjau sokongan peminat untuk turun ke SSINS pada masa yang akan dimaklumkan kelak dan bergantung keadaan cuaca.

Memang banyak perubahan yang diperlukan. Kami ambil perhatian semuanya. InsyaAllah secara beransur-ansur kami akan gerakkan menuju perubahan tersebut. Selain proses mengecat, gotong royong ini akan disekalikan dengan membersihkan semua lokasi dalam dan luar SSINS. Jadinya, kehadiran kena ramai.

Home 2019 masih di SSINS? Ya. Kekal di SSINS. Liga yang bermula Februari 2019 masih berada di awal musim kempen. Lazimnya SSINS pun tidak akan dipenuhi penyokong lagi di awal musim. Dalam masa yang sama, kami percaya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) berada dalam proses baik pulih padang yang dikelolakan oleh MFL.

Disember 2019, kami akan aturkan mesyuarat penyelarasan dengan semua pihak yang berkaitan di peringkat kerajaan negeri untuk mengelakkan permasalahan ketika MFL meluluskan tender baik pulih tersebut. Selesai proses di peringkat negeri Terengganu, mesyuarat susulan akan dibuat secara bersama dengan pihak MFL agar perjalanan menjayakan hasrat ini akan berjaya.

InsyaAllah, kita harap Liga Malaysia 2019 akan berjalan lancar.

Petikan FB Ustaz Hishamuddin

Ulasan