Pemain paling popular dan tersenarai dalam kesebelasan utama Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018, Lee Tuck mengumumkan yang beliau masih kekal bersama dengan pasukan Terengganu FC bagi musim 2019. Berita itu sedikit sebanyak melegakan seluruh penyokong Terengganu yang tertanya akan kemanakah hala tuju beliau sebelum ini.
Sumbangan beliau terhadap Terengganu amat besar bagi musim ini kerana kebolehannya yang tinggi dan memiliki stamina yang banyak selain rajin membantu dari segi serangan mahupun bertahan. Jadi tak hairan kenapa beliau mampu mengondol anugerah peribadi iaitu Pemain Paling Banyak 'Assist' Piala Malaysia 2018 di samping tersenarai Top 5 Penjaring Terbanyak Piala Malaysia 2018 bagi musim ini.
Bagi musim 2019 nanti, khidmat beliau sudah semestinya ditagih oleh pengendali Terengganu, Irfan Bakti untuk mengemudi jentera tengah Terengganu dalam misi mengekalkan kecemerlangan musim ini selain meraih kejuaraan satu piala untuk dibawa pulang. Sudahkah anda bersedia untuk 'viking clap' dan beraci-aci tahun hadapan ?
Ulasan
Catat Ulasan