TFC II JUARAI PIALA CABARAN EDISI SULUNG


    Pasukan berstatus feeder, Terengganu FC II berjaya mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menewaskan UKM FC dengan jaringan dalam perlawanan akhir Piala Cabaran kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Bekalan dua gol yang dibawa oleh Terengganu FC II selepas mengikat lawan 2-2 dalam perlawanan akhir pertama di Shah Alam bagaikan titik semangat buat pemain sebelum perlawanan bermula.

    Pada permulaan perlawanan, dilihat kedua-dua pasukan bermain corak pantas dengan UKM FC yang ketinggalan gol tempat lawan terlebih dahulu menguji pintu gol Terengganu yang dikawal oleh Shamirza Yusof dengan beberapa serangan berbahaya namun selalu dihampakan dengan percubaan terakhir mereka yang berjaya diselamatkan dan tersasar. Terengganu FC II juga membalas dengan serangan menerusi dua gandingan awang import iaitu Akanni Sunday-Wasiu dan Andrew Baptiste-Jean yang membahayakan pintu gol UKM FC. Usaha mereka akhirnya berjaya pada minit ke-22 apabila hantaran lintang dari Bruno Suzuki ditanduk oleh Andrew melepasi barisan pertahanan menemui Akanni Sunday yang membuat sentuhan terakhir terus menewaskan di gawang gol UKM untuk meletakkan Terengganu II berada di hadapan.

     UKM yang tertekan terus melancarkan serangan ke kubu Terengganu II dalam misi memburu gol penyamaan namun sekali lagi dihampakan oleh serangan mereka  yang gagal menembusi barisan pertahanan lawan. Kedudukan 1-0 kekal di separuh masa pertama.

       Bersambung babak kedua, jurulatih TFC II, Tengku Hazman melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan Zulashraf dan memasukkan Hadhir Suhaini. Terengganu II terus menambah derita UKM apabila sekali lagi Akanni Sunday mencetak gol kedua peribadi beliau pada minit ke-53 apabila memanfaatkan hantaran dari Andrew dengan rembatan kencang terus mengegarkan jaring gol lawan. Tersentak dengan jaringan tersebut, UKM terus menukar taktikal mereka menaikkan pertahanan mereka bermain di posisi penyerang namun serangan mereka mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan Terengganu selain dengan kecekapan Sharmiza di gawang menafikan percubaan mereka.

    Ketika UKM leka menyerang Terengganu II hampir menemui gol ketiga namun serangan balas dari Akanni Sunday sebelum menghantarnya kepada Bruno Suzuki yang melepaskan rembatan namun dinafikan dengan cemerlang oleh Nor Haziq . Terengganu II sekali lagi hadir dengan percubaan berbahaya namun rembatan lencong dari Andrew hanya sekadar singgah di palang ketika Nor Haziq sudah tertewas di gawang UKM. 

   Meskipun ada beberapa percubaan menarik dari kedua-dua pasukan namun tiada tambahan gol selepas itu yang menyaksikan kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus mengangkat Terengganu FC II sebagai juara Piala Cabaran edisi pertama kali dianjurkan di hadapan 3,800 penyokong yang berkunjung ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Ulasan