TERENGGANU dikecewakan lagi selepas 20 tahun


         Sejarah 20 tahun seperti berulang kembali dalam pertembungan akhir Piala Malaysia diantara Terengganu FC menentang Perak yang dihadiri hampir 72 ribu penyokong memenuhi setiap penjuru Stadium Shah Alam. Pertembungan ini merupakan pertembungan kali ketiga buat kedua-dua pasukan di pentas final pada 1998 dan 2001 yang memihak Perak pada 1998 dan Terengganu pada 2001.

          Pada permulaan perlawanan, Terengganu bermula dengan baik apabila mengejutkan lawan dengan satu gol pantas seawal 46 saat apabila Idris Ahmad melakukan kesilapan hantaran ke belakang yang tak sampai ke penjaga gol sendiri seterusnya dipotong oleh Kipre Tchetche dengan larian pantas mencuri bola tersebut mengelecek Hafizul yang keluar jauh dari gawang sebelum melepaskan rembatan lerek menerjah gawang lawan bagi menceriakan lebih 31 ribu penyokong Terengganu. Perak hampir berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-31 apabila berpunca dari sepakan penjuru berjaya ditanduk oleh Leandro Dos Santos namun jaringan tersebut dibatalkan oleh pengadil yang dikatakan ada berlaku kekasaran terhadap penjaga gol Terengganu, Suffian Abd Rahman.

        Ketika Perak leka memburu jaringan penyamaan, mereka sekali dihukum dengan serangan balas pantas Terengganu menerusi hantaran rendah jauh Parthiban mencari Tchetche yang berlari melepasi perangkap offside lawan ditambah dengan kesilapan Hafizul yang menendang angin dihukum dengan sempurna oleh Tchetche untuk meletakkan Terengganu selesa 2-0 dihadapan pada minit ke-42. Kedudukan 2-0 kekal sehingga tiupan wisel penamat separuh masa pertama.

          Bersambung babak kedua, gol yang dicari-cari oleh Perak akhirnya tiba jua apabila Brendan Gan yang berjaya melepasi beberapa pemain Terengganu melakukan hantaran menemui Firdaus Saiyadi sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan Suffian di gawang pada minit ke-46. Namun mereka terpaksa bermain 10 orang apabila Gilmar dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua akibat dari insiden pergaduhan dengan Igor Zonjic.

        Selang 11 minit kemudian, Terengganu kehilangan perancang utama mereka, Lee Tuck yang dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua atas kesalahan menyiku pemain lawan. Ketika Terengganu berkira-kira menunggu sebagai juara, Perak hadir dalam masa kecederaan apabila hantaran lintang Amirul Azhan ditanduk oleh Leandro namun dikeluarkan oleh Igor tapi clearance tersebut tak jauh apabila bola itu tiba di kaki Brendan Gan yang merembat kencang dalam kotak penalti tanpa mampu diselamatkan oleh Suffian mengegarkan gawang Terengganu seterusnya mengheret perlawanan ke masa tambahan.

           Di masa tambahan, Terengganu sekali berada di hadapan apabila hantaran jauh dari Ashari kepada Faiz Nasir sebelum beliau meledak rembatan kencang pada minit ke-95 untuk menceriakan kembali penyokong Terengganu. Dalam penyokong Terengganu menanti tiupan wisel penamat, Perak sekali lagi merentap jiwa lawan apabila Igor Zonjic tertampan bola ke gol sendiri hasil dari hantaran lintang Idris Ahmad pada saat terakhir masa kecederaan yang memaksa perlawanan ditentukan dengan sepakan penalti.

           Dalam penentuan sepakan penalti, Perak terlebih dahulu yang mengambil sepakan dan tugas itu berjaya disempurnakan oleh Wander Luiz namun berbeza buat Terengganu, Igor Zonjic selaku penendang pertama gagal melaksanakannya apabila tendangan beliau berjaya ditepis oleh Hafizul. Perak semakin selesa dengan penendang kedua mereka, Amirul Azhan mudah menyepak masuk ke arah kiri gawang lawan dengan Terengganu semakin tertekan sepakan penalti ThierryChantha Bin diselamatkan cemerlang oleh Hafizul.

           Perak semakin selangkah menjadi juara apabila penyepak penalti ketiga mereka, Shahrul Saad berjaya melaksanakan tugas itu. Meskipun Haniff berjaya menewaskan Hafizul pada sepakan ketiga Terengganu tapi juara telah berjaya disahkan oleh Perak dengan Leandro Dos Santos muncul wira mereka apabila tendangan kencang beliau sukar dijangkau oleh Suffian dengan Terengganu terpaksa akur tewas dalam penentuan penalti 4-1 kepada Perak. Bagi Perak pula kejayaan ini bagaikan mengulangi sejarah 1998 dengan juara ditentukan dengan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa penuh.

         Tiada apa yang dikatakan cuma inilah perlawanan paling dramatik hingga jantung berdegup kencang menanti siapakah juara.

Ulasan