Pertembungan Terengganu FC menentang JDT dalam Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyaksikan Terengganu FC berjaya melakukan kejutan ke atas pasukan pilihan ramai, JDT.
Pada permulaan perlawanan, kedua-dua pasukan dilihat bermain pantas untuk memburu gol awal terutama Terengganu yang hampir membuka jaringan pada minit ke-5 setelah lorongan Ashari Samsudin berjaya menemui Kipre Tchetche melepasi pertahanan lawan sebelum Tchetche melakukan hantaran silang hampir disentuh oleh Lee Tuck. JDT juga sama menguji pintu gol Terengganu menerusi percubaan luar dari Safawi Rashid yang berjaya ditepis oleh Suffian Abd Rahman. Serangan JDT semakin membahaya apabila sepakan sudut rendah dari Safawi menemui Haris Harun melakukan taping tapi berjaya diselamatkan oleh ChanthaBin di hadapan gol. Terengganu yang sesekali melakukan serangan balas menerusi Kipre Tchetche yang mengelecek dua pemain lawan namun placing dari Adib Aizuddin mudah dibaca oleh Farizal Marlias.
Penguasaan bola yang memihak JDT menyaksikan mereka sering menguji barisan pertahanan Terengganu menerusi gerakan Safawi memberi umpanan kepada Cabrerra namun percubaannya tinggi tersasar jauh. JDT tidak terhenti di situ apabila larian Cabrerra dari tengah tiada halangan ke pintu gol sebelum melepaskan rembatan mengenai tiang disaat Suffian Rahman sudah tertewas. Pintu gol Terengganu sekali lagi diuji pada minit ke-42 apabila lorongan Elizari kepada Safawi sebelum rembatannya dinafikan cemerlang oleh Suffian Rahman. Kedudukan 0-0 kekal bagi separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, JDT terus mengandakan asakan mereka menerusi sepakan sudut mencari Aidil yang memberikan kepada Hazwan namun tandukan Hazwan tersasar jauh. Safawi sekali lagi nekad memburu gol namun percubaan beliau pada minit ke-63 mudah diselamatkan oleh Suffian Rahman. Disaat JDT ghairah melakukan serangan Terengganu berjaya melakukan kejutan apabila umpanan J.Parthiban kepada Kipre Tchetche yang melepasi kawalan Kunalan sebelum hantaran lintang disambut baik oleh Abdul Malik untuk gol pertama menceriakan 12 ribu penyokong Terengganu.
Selepas itu, JDT terus dilihat begitu tertekan untuk mencari gol penyamaan apabila sering kali serangan mereka dipatah oleh barisan pertahanan dan penjaga gol lawan yang beraksi baik. Terengganu juga hampir mengandakan gol apabila sepakan percuma Lee Tuck pada saat kecederaan berjaya diselamatkan oleh Farizal Marlias.
Kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat ditiupkan yang menyaksikan Terengganu berjaya membawa bekalan gol ke Larkin pada perlawanan timbal balik nanti.
Ulasan
Catat Ulasan