CHILL OUT SESSION WITH BLACK & WHITE 1.0 CAPAI KATA POSITIF


      Program Chill Out Session With Black & White Fans 1.0 yang dianjurkan oleh pihak PBSNT dimana menghimpunkan pengurusan PBSNT & TFC bersama wakil kelab penyokong serta peminat bolasepak Terengganu bertempat di Hotel Permai, Kuala Terengganu berjaya mencapai beberapa idea dan cadangan bernas dari para penyokong untuk bolasepak Terengganu.


      Antara idea yang menarik dibahlaskan adalah isu dua stadium utama Terengganu iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) dengan penjelasan dari Timbalan Presiden PBSNT, YB Hishamuddin akan soalan berlegar-legar di laman sosial "Kenapa Terengganu tidak guna SSMZA" dengan jawapan yang "SSMZA mempunyai pelbagai masalah yang banyak yakni perlu menelan perbelanjaan puluhan juta bagi membaik pulih dimana padang sahaja sudah mencapai RM 6-7 juta tidak termasuk hal yang lain lagi".

      Alternatif berkemungkinan kerajaan negeri akan menaik taraf SSNIS bagi menambah kapasiti penyokong dimana setakat ini SSNIS hanya mampu memuatkan 12 ribu penyokong sesatu masa. Tapi idea ini perlu dikaji semula dengan mengambil kira bajet kerajaan negeri nanti.

      Selain itu, idea menurunkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Cabaran bagi menyeru semua penyokong Terengganu hadir untuk memberi sokongan juga mencuri tumpuan dimana harga asal RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak diturunkan kepada RM5 bagi dewasa dan percuma bagi kanak-kanak. Langkah ini dilihat agak menarik bagi menyelesaikan masalah kekurangan penyokong yang hadir dilihat kurang memuaskan sepanjang liga dan saingan Piala Cabaran dengan majoriti yang hadir sesuatu perlawanan tidak mampu mencapai 1 ribu penyokong.

       Tanpa memerlukan masa yang lama, YB Hishamuddin terus bersetuju akan idea itu dengan mengambil kira faktor kewangan penyokong dan pasukan yang dilihat "win to win situation".

       Semoga program ini diteruskan dari masa ke semasa bagi merapatkan hubungan antara pengurusan bersama penyokong lebih erat.

Ulasan