PAHANG DIAIBKAN TERENGGANU DI HADAPAN PENYOKONG SENDIRI

           Begitulah terjadi dalam pertembungan saingan Liga Super diantara Pahang menentang Terengganu di Stadium Darul Makmur semalam. Pahang yang turun tanpa kelibat pemain sayap lincah mereka, Mohamadou Sumareh yang tercedera ketika sesi latihan diganti oleh Faisal Halim di dalam kesebelasan utama manakala Terengganu pula menyenaraikan Faiz Nasir di dalam kesebelasan utama tidak seperti perlawanan terdahulu dimana Faiz Nasir dimasukkan sebagai pemain gantian.  Pada pemulaan perlawanan, Pahang menggunakan formasi 4-4-2 manakala pelawat, Terengganu pula menggunakan 4-1-4-1. 







           Sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan oleh pengadil, Terengganu terlebih dahulu menguji gawang Pahang apabila percubaan jauh Lee Tuck berjaya ditampan kemas oleh Helmi Eliza. Selepas itu, menampakkan Pahang lebih menguasai tempo perlawanan dengan serangan bertali arus yang berbahaya ke gawang Terengganu dan hampir memperolehi gol apabila larian Faisal Halim berjaya melepasi 3 pemain Terengganu sebelum melakukan hantaran rendah menemui Kogi namun percubaan Kogi berjaya ditepis cemerlang oleh Wan Azraie. Bagi Terengganu pula peluang terbaik memperolehi gol awal hadir pada minit ke-38 apabila sepakan percuma Lee Tuck setelah Kipre Tchetche dikasari berjaya melepasi benteng namun Helmi Heliza berjaya menafikannya dengan satu tepisan. Separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan 0-0.



               Di separuh masa kedua bermula, Pahang dilihat tampil lebih bernafsu apabila melakukan serangan bertali arus namun benteng dan penjaga gol Terengganu berjaya menafikan setiap percubaan lawan. Ketika Pahang asyik menyerang Terengganu berjaya menghukum mereka dengan satu counter-attack pantas yang dimulai oleh satu hantaran jauh Lee Tuck menemui Kipre Tchetche di sebelah kiri sebelum ketua pasukan Terengganu itu melakukan hantaran pendek melepasi 5 pemain Pahang yang berjaya disudahkan cantik oleh Faiz Nasir seterusnya menewaskan Helmi Heliza di gawang. Setelah dikejutkan dengan jaringan tersebut, Pahang terus melakukan asakan ke gawang Terengganu hingga ke wisel terakhir namun Wan Azraie beraksi cemerlang menafikan setiap percubaan lawan bagi memastikan clean sheet buat pasukan Terengganu.



              Dengan kekalahan ini menyaksikan Pahang kekal ke tangga ke-3 ketinggalan 6 mata dari pendahulu, JDT manakala Terengganu pula terus kembali dalam persaingan dengan 15 mata ketinggalan 9 mata di belakang JDT.






#AnokTranungFC
#TranungNingBoh

Ulasan