Itulah yang terjadi dalam pertembungan Terengganu menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam apabila kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1. Terengganu yang turun tanpa kelibat penjaring terbanyak Liga Super, Kipre Tchetche yang terlepas dua perlawanan akibat kecederaan diganti dengan penyerang pasukan feeder, Terengganu FC II iaitu Akanni Sunday Wasiu begitu juga dengan pasukan pelawat, Kedah yang berkunjung ke Kuala Terengganu tanpa perancang utama mereka, Liridon Krasniqi. Pada pemulaan perlawanan, Terengganu menggunakan formasi 4-1-4-1 manakala Kedah pula menggunakan 4-4-2.
Meskipun tempo perlawanan sedikit pelahan pada 30 minit pertama yang mana bola lebih berlegar di bahagian midfield namun ada percubaan tepat dari kedua-dua pasukan. Ketika separuh masa pertama bakal ditamatkan seolah-olah tanpa jaringan munculnya J.Parthiban memecah kebuntuan itu apabila memanfaatkan hantaran daripada Bruno Suzuki untuk menewaskan Ifwat di gawang Kedah pada minit ke-44.
Di separuh masa kedua, Kedah tampil lebih garang dengan permainan lebih tersusun terutama kemasukan flanker, Akhyar Rashid yang masuk menggantikan Andik Vermanshah. Hasilnya Kedah berjaya memperolehi jaringan penyamaan apabila permainan short pass Sandro dan Akhyar berjaya menembusi benteng pertahanan Terengganu sebelum Akhyar membuat hantaran lintang menemui Badrol Bakhtiar menewaskan Suffian Abd Rahman di gawang Terengganu pada minit ke-64. Tersentak dengan jaringan itu, Terengganu cuba untuk bangkit namun dikecewakan dengan aksi flop daripada penyerang tunggal mereka, Akanni Sunday Wasiu sebelum dikeluarkan oleh Irfan Bakti. Kemasukan Ashari Samsudin dan Fauzi Abd Kadar tidak banyak membantu jentera serangan Terengganu.
Kedudukan 1-1 kekal hingga wisel akhir ditiupkan untuk membuatkan kedua-dua pasukan berkongsi mata. Dengan keputusan semalam, Terengganu masih ditangga di kedua manakala Kedah pula di tangga keenam. Kedudukan ini bakal berubah lagi selepas beberapa perlawanan pada malam ini.
#AnokTranungFC
#TranungNingBoh
#WeBleedBlackAndWhite

Ulasan
Catat Ulasan