Perlawanan paling tumpuan semalam dalam saingan Liga Super diantara pasukan pendahulu, JDT berkunjung ke Kuala Terengganu bagi berhadapan dengan pasukan kedua carta, Terengganu FC yang juga pasukan satu-satunya tanpa kalah sepanjang 4 perlawanan terdahulu. Kedua-dua pasukan melakukan sedikit rombakan pada kesebelasan utama mereka dengan jurulatih Terengganu, Irfan Bakti menyenaraikan Latiff Suhaimi buat kali pertama dan Faiz Nasir begitu juga di kem JDT apabila Raul Longhi menyenaraikan Nico Fernandez yang juga pernampilan pertama bersama skuad utama dan kembalinya Farizal Marlias dari pengantungan panjang.
Dipermulaan perlawanan lingkungan 20 minit pertama kedua-dua pasukan ternyata bermain dalam tempo yang tinggi dengan saling mengasak ke kubu lawan terutama Terengganu yang dilihat mencari gol seawal mungkin bagi menganggu rentak lawan dan hampir mendapatkannya namun rembatan Malik Ariff tersasar jauh ketika beliau sudah memperolehi peluang baik begitu juga hantaran lintang Lee Tuck gagal disambar oleh Kipre Tchetche tatkala barisan pertahanan JDT sudah tertewas. Ketika Terengganu asyik menyerang mereka dikejutkan dengan jaringan Marcos Antonio pada minit ke-29 hasil dari kekalutan di hadapan gol Terengganu setelah tendangan pertama beliau berjaya ditampan oleh Fitri Omar kemudian rebound kembali kepadanya dan disudahkan dengan baik ke dalam gol Terengganu. Selepas gol tersebut, Terengganu berusaha mencari gol pernyamaan dan hampir direalisasikan setelah hantaran jauh Latiff Suhaimi dari final third Terengganu terus mencari Kipre Tchetche namun rembatan Tchetche berjaya ditepis oleh Farizal Marlias.
Di separuh masa kedua, tempo JDT sedikit perlahan dan hampir memakan diri sendiri apabila Terengganu hampir berjaya memperolehi gol pada minit ke-49 setelah hantaran lintang Kipre Tchetche berjaya menemui Shahrul Aizad namun sentuhan terakhir Aizad sedikit melambung melepasi palang gol JDT disaat pintu gol sudah terbuka luas.
Selepas itu, Terengganu terus mengasak ke kubu JDT namun setiap percubaan gagal menemui sasaran ditambah pemain JDT berjaya menutup pergerakkan Lee Tuck dan Kipre Tchetche dari terus bergerak bebas. Bagi menajamkan lagi serangan Terengganu,
Irfan Bakti melakukan dua pertukaran taktikal dengan Lee Jun-Hyeob dan Ashari Samsuddin dibawa masuk menggantikan Malik Ariff dan Thierry Bin. Pertukaran itu menyaksikan Terengganu bermain tanpa DMF dan lebih kepada attacking dengan Ashari bertindak sebagai Second Striker untuk memberi bantuan kepada Kipre Tchetche dan Lee Jun-Hyeob memberi nafas baharu di bahagian flanker.
#RangkumanPerlawanan
#AnokTranungFC
#TranungNingBoh
#PetehTranungPeteh
#WeBleedBlackAndWhite
Ulasan
Catat Ulasan