KEBANGKITAN SELANGOR RANAPKAN IMPIAN TERENGGANU


Itulah yang berlaku kepada Selangor meskipun kehilangan jurulatih mereka, P.Maniam yang direhatkan tidak sedikit menganggu semangat mereka malah lebih bernafsu untuk menundukkan pasukan tuan rumah, Terengganu dengan jaringan 3-1 di hadapan lebih 12 ribu penyokong mereka sendiri.





       Dari sudut taktikal pula, Terengganu tiada rombakan besar cuma kembali kepada formasi 4-3-3 setelah kehadiran kembali Nasrullah Haniff di bahagian pertahanan dan Ashari Samsudin diletakkan dalam kesebelasan utama manakala Selangor melakukan rombakan dari formasi 3-4-3 ketika perlawanan bertemu Terengganu terdahulu kepada formasi 4-3-3 dengan tanpa Pacheco yang digantikkan oleh Ashmawi dan Abdul Halim diletakkan di defensive midfield. Dipermulaan perlawanan 10 minit terawal memperlihatkan Selangor menguasai rentak dengan serangan bertali arus dan hampir menemui jaringan namun dua kali Suffian Abdul Rahman menyelamatkan keadaan dengan satu tepisan penting ketika 1 vs 1 dengan Rufino Segovia dan sempat menahan bola di atas garisan gol hasil tandukan pemain Selangor.

Ketika Selangor leka mengasak kubu Terengganu akhirnya mereka terperangkap dengan satu counter attack pantas dari Terengganu bermula dari lambungan Ashari terus kepada Kipre Tchetche yang berlari di sayap kiri sebelum melakukan hantaran lintang rendah kepada Shahrul Aizad dan disempurnakan baik oleh Shahrul untuk meletakkan Terengganu di hadapan pada minit ke-24. Namun gol itu tidak bertahan lama selang 3 minit kemudian Selangor kembali menyamakan kedudukan menerusi tandukan Rufino Segovia dari hasil hantaran cantik oleh Amri Yahya. Selepas gol tersebut, Selangor semakin ghairah hingga memaksa back four Terengganu semakin ditekan hebat terutama di bahagian kanan yang dikawal oleh Kamal Azizi mudah dibocori oleh flanker kiri Selangor, Amri Yahya.



Bersambung babak kedua, tiada apa yang mampu dillakukan Terengganu malah semakin ditenggelam dek asakan Selangor hingga memaksa Suffian berkerja keras menyelamatkan pintu golnya. Bahagian midfield Terengganu seolah-olah hilang dengan playmaker, Lee Tuck dirantai kemas tidak ubah seperti ketika menentang JDT tempoh hari. Sekali gus menyebabkan barisan serangan Terengganu terpaksa turun ke bawah mencari bola. Lantas Selangor memanfaatkan peluang ini dengan menambah jaringan kedua mereka menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti Evan Dimas terus menerjah gawang pada minit ke-62. Sebelum sempat Terengganu bangkit, Rufino Segovia sekali lagi menjadi watak pemusnah dengan gol kedua peribadi beliau setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-80 akibat kekasaran lewat Fitri Omar kepada Joseph Kalang Tie dalam kotak penalti.




Setelah ketinggalan dengan dua gol Terengganu kembali mengatur rentak dengan melakukan tiga pertukaran di bahagian midfield melalui kemasukan J.Parthiban, Ismail Faruqi dan Faiz Nasir. Dengan kemasukan ini nampak ada sedikit perubahan dalam corak serangan Terengganu dengan melalui beberapa peluang terbaik namun sekali lagi Terengganu dikecewakan oleh kebuntuan dalam penyudah dan aksi cemerlang oleh NorAzlan di gawang Selangor. Dengan kekalahan ini bermakna perjalanan Terengganu hanya terhenti di sini dalam saingan Piala FA manakala Selangor terus melangkah kaki ke peringkat Suku Akhir.


#AnokTranungFC
#TranungNingBoh
#PetehTranungPeteh

Ulasan