Logo berasakan Jata Terengganu jadi pilihan

        
 Bolasepak Terengganu yang akan berwajah baru musim depan iaitu akan diuruskan oleh satu badan pengurusan iaitu TERENGGANU Football Club Sdn Bhd. Antara langkah awal yang diambil ialah mencari logo baru untuk kelab TFC, TFC II, TFC III (U21), TFC IV (U19) & TFC V (U17). 
   
     Satu pertandingan sedang dianjurkan oleh TFC sendiri di Facebook Rasmi 
"Terengganu Football Club". 25 terbaik sudah dipilih & pilihan ke 8 menjadi pilihan ramai penyokong Terengganu dengan 2.6 LIKE ketika ini. Logo ini dilihat memodenkan jata Terengganu yg sedia ada.
Antara 24 lagi logo terbaik daripada 130 penyertaan.
Tarikh tutup undian 29 /12 / 2017. 

Ulasan